KUALA LUMPUR, 2 Sept — Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Jumaat dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM42.15 bilion dalam sistem konvensional dan RM33.34 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan dua tender pasaran wang konvensional masing-masing bernilai RM1 bilion selama tujuh hari dan RM500 juta untuk 13 hari.

BNM juga akan melaksanakan tiga tender Qard masing-masing bernilai RM3.4 bilion bagi tujuh hari, RM300 juta untuk 13 hari dan RM100 juta bagi 21 hari.

Bank pusat juga akan mengendalikan dua tender repo berbalik masing-masing bernilai RM445 juta untuk 91 hari dan RM1.6 bilion bagi 181 hari.

BNM juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM41.7 bilion dan tender semalaman Murabahah RM28.5 bilion.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here