KUANTAN, 2 Sept — Perikatan Nasional (PN) Pahang akan melantik Ketua Badan Perhubungan di 14 kawasan Parlimen bagi melicinkan pengurusan parti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata pengerusinya Datuk Seri Saifuddin Abdullah. 

Beliau berkata mereka yang dilantik terdiri daripada tujuh wakil PAS, enam Bersatu dan seorang wakil parti Gerakan.

“Dalam mesyuarat semalam kita sudah mempunyai nama individu yang layak namun akan dibawa dahulu ke Majlis Tertinggi PN untuk persetujuan. 

“Pelantikan ini bagaimanapun tidak bermakna atau membayangkan pengagihan kerusi Parlimen pada PRU15 kelak, cuma ia bagi memastikan gerakan jentera PN menjadi lebih sistematik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Kuih Bulan sempena Perayaan Pertengahan Musim Luruh di sini hari ini. 

Sementara itu, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata agihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi PRU15 akan diputuskan pada 15 Sept ini, sebelum dibawa ke peringkat Majlis Tertinggi PN untuk dimuktamadkan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here