LABUAN, 17 Sept — Dua kru diselamatkan apabila tongkang mereka karam akibat cuaca buruk di Pulau Kuraman di sini pagi semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan Kepten Nudin Jusoh berkata kejadian berlaku ketika tongkang dinaiki kedua-dua lelaki berusia 43 dan 57 tahun itu sedang mengangkut air mentah ke sebuah kapal.

Beliau berkata ketika anggota APMM menghampiri lokasi kejadian, tekong bot kargo yang berusia 30 tahun dan dua krunya berusia 32 dan 39 tahun sedang menyelamatkan kru tongkang terbabit pada 4 pagi.

“Anggota APMM kemudian menunda bot kargo bersama tekong dan kesemua kru berkenaan ke Jeti APMM dengan selamat,” katanya kepada Bernama hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here