LONDON, 19 Sept — Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan isteri Jill Biden pada Ahad memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II di Westminster Hall, London, lapor Agensi Anadolu.

Biden berada di London untuk menghadiri istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II dan akan berlepas pulang ke New York sejurus selepas itu untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II yang mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Scotland selepas 70 tahun menduduki takhta itu dijadual diadakan pada Isnin (19 Sept).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here