ISTANBUL, 22 Sept — Bank Pusat Indonesia menaikkan penanda aras kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas pada Khamis, lapor Anadolu.

Bank Indonesia menaikkan kadar repo bebalik tujuh hari kepada 4.25 peratus, kadar faedah kemudahan deposit sebanyak 50 mata asas kepada 3.5 peratus dan kadar faedah kemudahan pinjaman sebanyak 50 mata asas kepada lima peratus.

Menurut bank pusat itu, keputusan itu merupakan sebahagian daripada usahanya untuk menurunkan inflasi kepada tiga peratus menjelang separuh petama tahun depan, selain mengukuhkan rupiah Indonesia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here