KUALA LUMPUR, 7 Okt — Bajet 2023 yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’ memberi tumpuan kepada segenap lapisan rakyat termasuk B40, M40, belia, wanita dan orang kurang upaya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata peruntukan yang disediakan melalui belanjawan itu adalah bercirikan keperluan rakyat di bandar mahupun di luar bandar.

“Bajet ini juga menumpukan kepada pemulihan ekonomi dan sebagai persediaan kita menghadapi keadaan ekonomi yang agak tidak menentu pada tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2023 di bangunan Parlimen, hari ini.

Bajet 2023 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat memperuntukkan sejumlah RM372.3 bilion, yang merupakan peningkatan ketara berbanding belanjawan  tahun lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here