#BuletinBernama : Seramai 38 orang daripada 10 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Dewan Syifa, Langkawi, setakat 8 pagi tadi berbanding 37 mangsa banjir semalam. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi Kapt (PA) Ahmad Shah-fikri Darus berkata mereka terdiri daripada 19 lelaki dan 13 wanita manakala empat kanak-kanak lelaki serta baki selebihnya ialah kanak-kanak perempuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here