KUALA LUMPUR, 24 Okt — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan keluarga atas pemergian ibunya, Datin Mariah Khamis awal pagi tadi.

“Bagi pihak Keluarga Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada Dr Wan Azizah dan keluarga atas pemergian bonda tercinta, Datin Mariah Khamis.

“Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya menerusi catatan di laman Twitter rasmi beliau hari ini.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengesahkan perkara berkenaan berkata solat jenazah ibu mentuanya itu dijadualkan pada 11.30 pagi ini di Masjid Al-Mustaqim, Ampang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here