BRASILIA, 31 Okt — Bekas Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva dari Parti Pekerja (PT) memenangi pusingan kedua pemilihan presiden pada Ahad dan akan memulakan tugasnya bermula 1 Jan 2023 untuk penggal empat tahun, lapor Xinhua.

Menurut data dikeluarkan Tribunal Pilihan Raya, Lula da Silva memperoleh 59.8 juta undi (50.86 peratus) mengatasi Presiden semasa Jair Bolsonaro dari Parti Liberal (PL) dengan 57.8 juta undi (49.14 peratus).

Keputusan itu sekali gus mencatatkan kemenangan tipis dalam sejarah pilihan raya presiden Brazil.

Pada pusingan pertama 2 Okt lalu, Lula da Silva memperoleh 48.3 peratus undian berbanding Bolsonaro yang menerima 43.2 peratus.

Dalam kempen pilihan rayanya, Lula da Silva menumpukan isu sosial termasuk berikrar melaksanakan kenaikan gaji minimum, pengukuhan syarikat milik kerajaan dan usaha membasmi kelaparan dan kemiskinan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here