SHANGHAI, 10 Nov — Pelbagai produk, teknologidan perkhidmatan terkini buat pertama kalinya dipamerkan di arena antarabangsa menerusi platform Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) kelima yang kini sedang berlangsung.

Ia sekali gus menjadi tarikan kepada pengunjung selain turut mencetus inspirasi inovatif dalam senario global, termasuk berperanan menyediakan platform kepada perusahaan dari pelbagai negara.

Dalam tempoh lima tahun lalu, jumlah peminat CIIE terus meningkat secara berterusan di peringkat global hasilelemen inovatif di temasya itu.

Menurut statistik, pameran empat edisi lalu menyaksikan lebih 1,500 produk baharu atau teknologi dan perkhidmatan terkini.

CIIE edisi 2022 akan menyaksikan 94 slot bagi mempertontonkan lebih 170 jenis produk baharu, masing-masing meningkat 50 peratus dan 40 peratus berbanding edisi tahun lepas.

Ketika ini, pasaran gergasi China mempunyai populasi 1.4 bilionpenduduk termasuk golongan berpendapatan sederhana dengan populasi 400 juta individu.

Sejumlah perusahaan transnasional yang pernah mempamerkan teknologi baharu mereka dalam CIIE dalam tempoh lima tahun lalu dilihat mula menggunakan teknologi masing-masing di China.

Pada masa sama, terdapat juga bekas pempamer yang kini menjadi pelabur setelah menyedari pasaran China merupakan platform terbaik memasarkan hasil inovasi mereka.

Di samping itu, komitmen China menggalakkan pelbagai negara dan pelbagai pihak berkongsi pasaran tempatan juga menjadi tarikan bagi menggalakkan lebih banyak perusahaan transnasional melabur di negara itu.

CIIE dilihat sebagai satu hasil inovasi, menyaksikan China mencapai kejayaan dalam pelaksanaan strategi ‘pembangunan yang dipacu inovasi’.

Merujuk data Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO), China berjaya melonjak ke tangga 11 pada 2022 dari tangga ke-34 pada 2012 dalam ranking indeks inovasi dunia.

Secara tidak langsung, ia memperlihatkan persekitaran perniagaan yang semakin baik di China dan pencapaian kemajuan dalam pembangunan berkualiti tinggi.

Dalam tempoh lima tahun lalu, CIIE berkembang menjadi pemacu kepada kerjasama antarabangsa dalam bidang ekonomi dan perdagangan, termasuk menyediakan persekitaran kondusif bagi pelbagai pihak mengorak langkah menuju masa depan lebih cerah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here