IPOH, 10 Nov — Kerajaan Negeri Perak sedang mempertimbangkan cuti umum pada 18 Nov, sehari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata keputusan mengenai perkara itu dijangka dimaklumkan pada Isnin ini.

“Kita sedang mempertimbangkan…cuma kita ingin pastikan siapa orang yang ada locus standi untuk mengumumkannya.

“Berbeza dengan Selangor, Menteri Besar Selangor (mempunyai locus standi) kerana Dewan Undangan Negeri Selangor belum dibubarkan. Di Perak ini (persoalannya) adakah caretaker boleh mengumumkannya? Kecenderungan untuk (mengisytiharkan cuti umum) itu ada,” katanya dalam sidang media selepas Himpunan Solidariti Bersama Barisan Nasional Perak di sini hari ini.

Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang telah mengumumkan cuti umum pada 18 Nov. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here