BALI, 16 Nov — Isteri Presiden China Xi Jining, Peng Liyuan memuji konsep Indonesia untuk mengintegrasikan kraftangan dengan pemerkasaan wanita, pembasmian kemiskinan dan pemuliharaan ekologi.

Beliau berkata demikian selepas mencuba teknik menganyam daun palma ketika lawatannya di sini, pada Selasa.

Peng berkata kedua-dua negara boleh mengukuhkan kerjasama dalam bidang yang berkaitan dan menyumbang kepada pembanterasan kemiskinan serta pemeliharan ekologi.

Difahamkan, beliau diundang menghadiri aktiviti khas yang diadakan untuk pasangan para pemimpin negara sempena sidang kemuncak ke-17 Kumpulan 20 (G20).

Beliau bersama isteri Presiden Indonesia, Iriana dan pasangan pemimpin yang lain turut menyaksikan persembahan tarian tradisional Bali.

Selain itu, beliau juga tertarik dengan pameran alat muzik tempatan, pakaian, produk anyaman rotan, sulaman dan makanan organik.

Peng juga berpeluang mencanting corak logo sidang kemuncak G20 dan bunga pada beg tenunan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here