KUALA LUMPUR, 20 Nov — Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar kecundang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam misi mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang yang disandangnya.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Muzkhairil Muhamad mengumumkan calon Perikatan Nasional (PN) Muhammad Fawwaz Mat Jan memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 5,272 undi.

Setakat 2.04 pagi Ahad, berdasarkan keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Presiden Amanah Mohamad Sabu meneruskan penguasaan di kerusi Parlimen Kota Raja, Selangor manakala Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengekalkan kerusi Parlimen Semporna.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here