KUALA LUMPUR, 24 Nov — Pusat penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai di Kedah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang ditutup pada 10 pagi hari ini.

Bagi Parlimen Padang Serai, pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech di Kulim manakala DUN Tioman, di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 7 Dis dan pengundian awal pada 3 Dis dengan tempoh berkempen selama 13 hari bermula selepas pengisytiharan calon hingga 11.59 malam 6 Dis.

PRU15 di kedua-dua kawasan berkenaan ditangguhkan berikutan kematian calon yang telah disahkan bertanding iaitu M. Karupaiya dari Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Padang Serai dan Md Yunus Ramli mewakili Perikatan Nasional (PN) di DUN Tioman.

Karupaiya, 69, meninggal dunia pada 16 Nov lepas, dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan manakala Md Yunus, 61, disahkan meninggal dunia beberapa jam sebelum proses pengundian PRU15, Sabtu lepas (19 Nov).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here