KUALA LUMPUR, 12 Dis — Pemergian pengerusi emeritus dan pengasas Public Bank Bhd Tan Sri Teh Hong Piow, 92, akan meninggalkan lompong yang besar kepada Public Bank, sektor perbankan dan juga negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi catatan di laman Facebook beliau hari ini, Anwar mengutuskan takziah kepada keluarga mendiang Teh atas pemergian tokoh perbankan berkenaan hari ini.

“Pemergiannya ini tentunya meninggalkan lompong besar kepada keluarga besar Public Bank, sektor perbankan dan juga negara.

“Saya doakan keluarga mendiang Teh tabah dan kuat atas kehilangannya,” katanya.

Mendiang Teh menubuhkan Public Bank pada tahun 1965 dan dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif dan pengarah urusan sejak perniagaan bank tersebut dimulakan pada 6 Ogos, 1966.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here