KUALA LUMPUR, 18 Dis — Sejumlah 15 lagi mangsa yang ditemukan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya, dikenal pasti setakat 1 tengah hari tadi. 

Jumlah itu menjadikan 21 daripada 24 mangsa yang ditemukan meninggal dunia, sudah dikenal pasti.

Kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan identiti mangsa dikenal pasti menerusi tiga kombinasi kaedah, iaitu pengecaman asid deoksiribonukleik (DNA), cap jari dan pengecaman pihak waris pada wajah atau pun barangan peribadi serta tanda unik pada badan mangsa.

“Proses bedah siasat untuk semua 24 mayat telah selesai dijalankan…tiga daripada 24 mangsa yang meninggal dunia sedang dikenal pasti melalui kaedah-kaedah ini,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, dua orang masih menerima rawatan di Hospital Selayang dan seorang di Hospital Kuala Lumpur, manakala dua yang menerima rawatan di Hospital Selayang sebelum ini, telah dibenarkan pulang semalam.

“Sebarang maklumat terkini mengenai perkembangan mangsa-mangsa bencana akan dimaklumkan dari masa ke masa, setelah mendapat pengesahan rasmi daripada agensi yang bertanggungjawab,” menurut kenyataan itu.

Pada 2.42 pagi Jumaat, berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan tersebut.

Berikut senarai mangsa yang terkorban:

1. Lim Wei Xin (36, perempuan)

2. Hong Mei Jing (38, perempuan)

3. Nurul Azwani Kamaruzaman (31, perempuan)

4. Lai Lee Yin (37, perempuan)

5. Tong Kai En (9, lelaki)

6. Lai Lee Koon (44, perempuan)

7. Ka Kok Boon (43, lelaki)

8. Zech Loh Qi Yi (7, lelaki)

9. Eng Huai Yi (12, perempuan)

10. Eng Choon Wen (43, lelaki)

11. Ng Yee Tong (11, perempuan)

12. Ka Sin Ya Vanya (6, perempuan)

13. Lam Sook Man (37, perempuan)

14. Wong Kim Yap (34, lelaki)

15. Fong Choy Kee (43, perempuan)

16. Liu Pei Si (44, perempuan)

17. Daniel Khor Yen (5, lelaki)

18. Chin Su King (36, perempuan)

19. Lai Chee Sam (33, lelaki)

20. Wong Zi Hang (1, lelaki)

21. Gain Choo Yin (35, perempuan)

Berikut senarai mangsa yang dirawat:

BilNamaJantinaUmurHospitalStatus
1. Yam Lee Yen Perempuan 41 Selayang         Dibenarkan pulang 17 Dis
2. Ng Wei Lun Lelaki 13 Kuala Kubu Bharu Dibenarkan pulang 16 Dis
3. Mg Tan  Lelaki 34 Kuala Kubu Bharu Dibenarkan pulang 16 Dis
4.  Sandy Cheah Hui Kein Perempuan 32 Kuala Kubu Bharu Dibenarkan pulang 16 Dis
5.  Tan Ei Ein Perempuan 43 Selayang Masih di wad
6.  Choo Wai Lun Lelaki 34 Selayang Dibenarkan pulang 17 Dis
7. Ling Zi Xuan Lelaki 19 Kuala Lumpur Masih di wad
8. Loh Teng Shu Lelaki 44 Selayang Masih di wad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here