BEIJING, 4 Jan — Sesi raptai kedua Gala Tahun Baharu Cina (TBC) 2023 anjuran Kumpulan Media China (CMG) berlangsung dengan jayanya di sini, pada Selasa.

Program yang bakal diadakan pada malam TBC 2023 itu bertujuan menzahirkan kegembiraan, keyakinan dan tekad serta harapan terhadap kemakmuran, keamanan tanah air dan kesejahteraan rakyat.

Untuk edisi kali ini, reka bentuk seni pentas Gala TBC mencerminkan konsep “Mantingfang” iaitu satu daripada jenis irama puisi pada zaman purba China.

Kreativiti struktur empat kelopak bunga pada bahagian atas pentas diadaptasi daripada “corak kelopak” yang bersifat simbolik pada tembikar Miaodigou yang berusia sekitar 6000 hingga 4800 tahun lalu.

Ia bukan sahaja disifatkan sebagai penciptaan estetik yang berasaskan tamadun China tetapi juga penciptaan inovatif yang berdasarkan konsep reka bentuk moden.

Difahamkan, pemilihan “bunga” sebagai simbol tema seni pentas pada kali ini bukan sahaja untuk mencerminkan kemakmuran dan kedinamikan negara, malah memperlihatkan kehidupan penduduk yang sejahtera dan bahagia serta kegigihan perjuangan rakyat.

Acara persembahan untuk gala berkenaan akan menyelitkan idea kreatif dan menampilkan teknologi inovatif.

Pihak penganjur berikrar mengoptimumkan rancangan program, menyelaraskan elemen kesenian pada sesi raptai seterusnya bagi menyajikan karnival seni budaya bertaraf tinggi kepada penonton serata dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here