JAKARTA, 8 Jan — Satu program permukiman akan diadakan minggu depan khusus untuk Jemaah Menteri bagi menetapkan indeks prestasi utama (KPI) setiap kementerian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Selepas itu, kita buat pengumuman tentang KPI dan harapan daripada setiap menteri dan kementerian,” katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan di sini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Terdahulu, Anwar dalam ucapannya berkata kerajaan sedang berusaha memacu semula pertumbuhan ekonomi yang lebih segar serta meyakinkan dan fokus utama pentadbirannya adalah pengukuhan ekonomi yang mampan dengan menarik pelaburan selain menjamin keadilan sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here