BEIJING, 18 Jan — Berjuta-juta pekerja di bandar kini mengambil peluang pulang ke kampung halaman berikutan dijangka berlaku kesesakan menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Ini berikutan selepas tiga tahun sekatan paling ketat dikenakan hingga memberi kesan kelembapan ekonomi yang teruk dan kemarahan rakyat – kemudian ditamatkan pada bulan lalu – namun kebanjiran orang dilihat boleh mencetuskan kebimbangan mengenai wabak virus yang semakin meluas.

Pegawai Pentadbiran Imigresen Kebangsaan berkata, secara purata, setengah juta orang keluar dan masuk dari China setiap hari sejak sempadannya dibuka pada 8 Januari lalu.

Namun, apabila ramai orang dilihat membanjiri bandar-bandar besar seperti Shanghai, jangkitan virus dijangka meningkat dan mereka menuju bandar dan kampung di mana warga emas belum divaksin terdedah kepada COVID-19.

Menurut pegawai kesihatan tempatan, kadar jangkitan di bandar selatan Guangzhou, ibu kota wilayah paling ramai penduduk di China, kini melepasi 85 peratus.

Di kawasan yang lebih terpencil, pekerja perubatan negeri minggu ini pergi dari rumah ke rumah di beberapa kampung terpencil untuk memberi vaksin kepada warga emas sebagai langkah terakhir.

Klinik di kampung dan pekan luar bandar juga kini dipasang dengan generator oksigen.

Walaupun pihak berkuasa Sabtu lalu mengesahkan berlaku peningkatan yang besar dalam kematian, iaitu hampir 60,000 orang akibat COVID-19 antara 8 Disember hingga 12 Januari, pegawai kesihatan belum bersedia untuk memberikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) data tambahan yang sedang dicarinya.

The Global Times, memetik pakar China berkata, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China sudah memantau data sedemikian, tetapi ia akan mengambil masa sebelum boleh dikeluarkan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here