JOHOR BAHRU, 5 Feb — Kerajaan Negeri Johor akan memperhebatkan penguatkuasaan berhubung pembuangan sampah mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata beliau telah berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor serta Datuk Bandar Johor Bahru Datuk Mohd Noorazam Osman berhubung perkara itu.

Menurutnya dalam usaha Johor menjadi negeri maju menjelang tahun 2030, aspek kebersihan tidak boleh diabaikan.

“Agenda Johor Bersih ini sebenarnya telah dilancarkan sejak tahun lepas, tetapi cabaran sebenar ialah untuk menukar minda dan sikap segenap lapisan Bangsa Johor tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, Onn Hafiz berkata beliau dimaklumkan harga barangan basah seperti ayam, ikan, timun dan tomato masih tinggi ketika membuat tinjauan di Pasar Besar Larkin hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here