KUALA LUMPUR, 7 Feb — Isu keselamatan siber perlu diberi perhatian oleh semua pihak termasuk pengguna internet, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Sempena sambutan Hari Keselamatan Internet 2023, beliau menggesa semua pengguna untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika menggunakan internet, media sosial serta lain-lain aplikasi.

“Gunalah kemudahan teknologi ini dengan positif, berhemah dan penuh tanggungjawab bagi mewujudkan komuniti siber Madani.

“Selamat Hari Keselamatan Internet 2023. Sentiasa bijak, sentiasa selamat dan bersama-sama ke arah kesejahteraan siber,” katanya dalam video ucapan berdurasi 1 minit 37 saat bersempena sambutan itu yang dimuat naik di Facebook Kementerian Komunikasi dan Digital, hari ini.

Fahmi berkata ancaman dan serangan siber berupaya menyebabkan berlaku pelbagai insiden antaranya ketirisan data, kecurian maklumat peribadi, pencerobohan, penggodaman, penipuan dalam talian, scam dan buli siber.

Beliau berkata insiden seumpama itu berlaku disebabkan penggunaan teknologi dan internet yang tidak selamat, (penggunaan) tanpa amalan baik yang sewajarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here