LABUAN, 13 Feb – Lebih banyak kerjasama dalam pelaburan dan perdagangan dijangka direalisasikan antara pemain industri Labuan dan Kemboja berikutan lawatan sambil belajar teknikal oleh delegasi peringkat tinggi daripada kerajaan Kemboja ke Perbadanan Labuan (LC) hari ini.

Lawatan seramai 22 orang perwakilan dari Kementerian Ekonomi dan Kewangan Kemboja (Jabatan Dasar) itu diketuai oleh Timbalan Pengarahnya Chea Kok Hong yang diselaraskan oleh My Iskandar Sdn Bhd, cabang pelaburan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

“Kami memberi tumpuan kepada tiga bidang ekonomi yang berpotensi untuk zon perindustrian baharu kami di Wilayah Preah Sihanouk yang mungkin boleh kami terokai, promosi dan pelajari daripada Labuan.

“Bidang yang kami fokuskan ialah perkhidmatan kewangan, sektor berkaitan minyak dan gas serta eko-pelancongan. Kami berharap kami akan dapat memperoleh pengetahuan teknologi daripada pihak berkuasa tempatan di sini,” kata Chea kepada Bernama selepas taklimat mengenai sejarah dan pembangunan ekonomi Labuan di sini hari ini.

Beliau berkata sektor perkhidmatan kewangan akan menjadi agenda utama. Mereka akan diberi taklimat oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan esok.

“Kami diberikan taklimat mengenai aktiviti Petronas Methanol Sdn Bhd di Labuan. Kami berminat untuk meneroka industri yang sedang berkembang pesat ini kerana kami merasakan aktiviti Petronas sesuai dengan industri keutamaan kami.

“Dengan kerjasama ekonomi dua hala kami yang kukuh, Kemboja berminat untuk belajar dan bekerjasama dengan Labuan, terutamanya dalam tiga sektor yang dikenal pasti ini untuk merangsang pertumbuhan dan pembangunan dalam kawasan ekonomi baharu di Wilayah Preah Sihanouk,” katanya.

Chea berkata pegawai kementerian akan merangka rangka kerja kawal selia untuk sektor perkhidmatan kewangan masa depan Kemboja apabila mereka pulang ke tanah air.

Delegasi itu dalam lawatan dua hari untuk melawat tapak geopark Labuan, Memorial Perang, Taman Keamanan, destinasi eko-pelancongan Labuan Desaland di Desa Tunas Hijau dan Chimney.

LABUAN, 14 Feb – Lebih banyak kerjasama dalam pelaburan dan perdagangan dijangka direalisasikan antara pemain industri Labuan dan Kemboja berikutan lawatan sambil belajar teknikal oleh delegasi peringkat tinggi daripada kerajaan Kemboja ke Perbadanan Labuan (LC) semalam.

Lawatan seramai 22 orang perwakilan dari Kementerian Ekonomi dan Kewangan Kemboja (Jabatan Dasar) itu diketuai oleh Timbalan Pengarahnya Chea Kok Hong yang diselaraskan oleh My Iskandar Sdn Bhd, cabang pelaburan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

“Kami memberi tumpuan kepada tiga bidang ekonomi yang berpotensi untuk zon perindustrian baharu kami di Wilayah Preah Sihanouk yang mungkin boleh kami terokai, promosi dan pelajari daripada Labuan.

“Bidang yang kami fokuskan ialah perkhidmatan kewangan, sektor berkaitan minyak dan gas serta eko-pelancongan. Kami berharap kami akan dapat memperoleh pengetahuan teknologi daripada pihak berkuasa tempatan di sini,” kata Chea kepada Bernama selepas taklimat mengenai sejarah dan pembangunan ekonomi Labuan di sini.

Beliau berkata sektor perkhidmatan kewangan akan menjadi agenda utama. Mereka akan diberi taklimat oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan.

“Kami diberikan taklimat mengenai aktiviti Petronas Methanol Sdn Bhd di Labuan. Kami berminat untuk meneroka industri yang sedang berkembang pesat ini kerana kami merasakan aktiviti Petronas sesuai dengan industri keutamaan kami.

“Dengan kerjasama ekonomi dua hala kami yang kukuh, Kemboja berminat untuk belajar dan bekerjasama dengan Labuan, terutamanya dalam tiga sektor yang dikenal pasti ini untuk merangsang pertumbuhan dan pembangunan dalam kawasan ekonomi baharu di Wilayah Preah Sihanouk,” katanya.

Chea berkata pegawai kementerian akan merangka rangka kerja kawal selia untuk sektor perkhidmatan kewangan masa depan Kemboja apabila mereka pulang ke tanah air.

Delegasi itu dalam lawatan dua hari untuk melawat tapak geopark Labuan, Memorial Perang, Taman Keamanan, destinasi eko-pelancongan Labuan Desaland di Desa Tunas Hijau dan Chimney.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here