LONDON, 14 Feb – Lapangan Terbang Heathrow “kembali ke tahap terbaiknya” apabila mencatatkan permulaan paling sibuk tahun ini sejak sebelum pandemik, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik ketua eksekutif lapangan terbang itu John Holland-Kaye.

Lapangan terbang yang paling sibuk di Britain itu mengendalikan lebih 5.4 juta penumpang melalui Heathrow pada Januari, tahap yang tidak pernah berlaku sejak awal 2020.

Ia berlaku ketika lapangan terbang di Britain mengalami gangguan menjelang Krismas apabila anggota Pasukan Sempadan melancarkan mogok pada Disember.

Namun pada Isnin lapangan terbang itu menyatakan pihaknya sudah berjaya mengurus isu itu dan memberi jaminan bahawa operasi berjalan seperti biasa dengan masa menunggu untuk pemeriksaan imigresen hanya minimum ketika mogok berlangsung.

Pada Januari, sebanyak 97 peratus tempoh menunggu penumpang kurang dari 10 minit untuk pemeriksaan keselamatan, katanya.

Gangguan yang berlaku di lapangan terbang Britain termasuk Heathrow disebabkan oleh sektor penerbangan mengalami kekurangan pekerja selain pembatalan penerbangan secara mengejut dan kelewatan yang teruk.

Holland-Kaye berkata: “Heathrow kembali ke tahap terbaiknya, dengan skor kepuasan penumpang mencapai atau melebihi tahap 2019. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here