ANKARA, 15 Feb – Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkata pihak berkuasa akan memulakan pembinaan 30,000 bangunan kediaman di zon gempa bumi mulai awal Mac, lapor Sputnik.

“Kami akan segera memulakan kerja pembinaan sebaik sahaja penilaian kerosakan selesai.

“Matlamat kami adalah untuk menyiapkan pembinaan beberapa bangunan yang berkualiti tinggi dan selamat dalam tempoh setahun untuk menyelesaikan masalah perumahan di zon berkenaan,” katanya.

Erdogan berkata 98 peratus bangunan yang runtuh akibat gempa bumi baru-baru ini telah dibina sebelum 1999.

Angka kematian akibat gempa bumi yang dahsyat di Turkiye kini melebihi 35,000.

Bencana itu disifatkan salah satu tragedi terburuk dalam sejarah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here