BEIJING, 23 Feb – Menteri Luar China, Qin Gang mengutus kawat tahniah kepada Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II Brunei Darussalam, Dato Seri Setia Awang Haji Erywan sempena ulang tahun ke-39 kemerdekaan negara itu pada hari ini.

Qin berkata bahawa China dan Brunei adalah jiran yang bersahabat secara tradisinya, dan China amat mementingkan hubungan dengan negara itu.

Beliau turut meluahkan kesediaan untuk bersama Erywan melaksanakan sepenuhnya konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, menyemarakkan persahabatan tradisional dan memantapkan kerjasama pragmatik, sekali gus mendorong perkongsian kerjasama strategik China-Brunei melakar kemajuan lebih besar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here