BEIJING, 23 Feb — Ekspo Pelancongan Antarabangsa Belgrade ke-44 dirasmikan di Belgrade, ibu negara Serbia pada Rabu dan China dipelawa sebagai tetamu kehormat dalam ekspo kali ini.

Presiden Serbia, Aleksandar Vucic ketika menyampaikan ucapan perasmian pada ekspo itu mengalu-alukan kedatangan pelancong ke Serbia terutamanya pelancong dari China.

Beliau berkata China menjadi tetamu kehormat untuk edisi kali ini dan terdapat lebih 20 syarikat dari negara ini mengambil bahagian dalam pameran kali ini, satu penghormatan istimewa buat Serbia.

Duta China ke Serbia, Chen Bo ketika diwawancara wartawan Kumpulan Media Negara (CMG) berkata penyertaan syarikat China dalam pameran itu menunjukkan kekuatan trend pemulihan industri pelancongan China kepada dunia luar.

Beliau berkata ia secara tidak langsung mendorong keinginan besar Serbia dan negara Eropah Timur serta Tengah dalam menjalankan kerjasama sektor industri pelancongan.

Bertemakan “Tak susah jika nak bercuti”, ekspo itu akan berlangsung dari 23 hingga 26 Februari, dengan disertai lebih 350 agensi pelancongan dari 33 negara dan kawasan.

Difahamkan, Biro Kebudayaan dan Pelancongan Beijing serta Ningbo akan bekerjasama sebagai satu delegasi bagi mewakili China untuk membuat penampilan dalam pameran ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here