BEIJING, 25 Feb – China bersedia bersinergi dengan Kemboja untuk membentuk rangka kerjasama ‘intan enam sisi’, di samping menyokong negara itu membina ‘koridor pembangunan perindustrian’ dan ‘koridor limpahan ikan dan beras’.

Demikian kata Presiden China Xi Jinping yang diiringi isterinya, Peng Liyuan semasa pertemuan bersama Raja Kemboja Norodom Sihamoni dan Bonda Ratu Norodom Monineath Sihanouk di Wisma Tamu Diaoyutai di Beijing hari ini.

Xi menyatakan persahabatan China-Kemboja kekal utuh, walau apa jua perubahan yang berlaku dalam situasi antarabangsa.

Ikatan muhibah kedua-dua negara telah menjadi suri teladan bagi dunia, katanya.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-65 terjalinnya hubungan diplomatik China-Kemboja. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here