GEORGE TOWN, 25 Feb – Usaha meningkatkan penglibatan golongan belia dalam sektor pertanian menjadi antara fokus utama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)  bagi tahun ini.

Sehubungan itu, Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pelbagai geran, dana dan latihan ditawarkan oleh pihak kementerian serta agensinya dalam usaha meremajakan sektor berkenaan.

“KPKM menyediakan bantuan Geran Agropreneur Muda (GAM) bagi individu berumur 18 hingga 40 tahun dan telah memanfaatkan 8,403 orang di seluruh negara dari 2016 hingga 2022 dengan nilai kelulusan berjumlah RM151.75 juta. 

“Selain itu, 146 pusat agropelancongan yang berdaftar di bawah bimbingan jabatan dan agensi KPKM juga diberikan bantuan Geran Agropelancongan dengan nilai RM22.13 juta,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Agrotourism dan Agroyouth di sini hari ini.

Beliau berpendapat galakan berterusan dan bantuan dalam bentuk kewangan, infrastruktur mahupun latihan kepada belia bagi menceburi bidang agrokeusahawanan berupaya mentransformasi sektor ini kepada pertanian moden sekali gus mampu melipatgandakan tahap pengeluaran makanan tempatan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here