NEW DELHI, 1 Mac – Mahkamah Tinggi Pakistan pada Rabu memutuskan bahawa pilihan raya di wilayah Punjab dan Khyber Pakhtunkhwa perlu diadakan dalam tempoh 90 hari, sekali gus menamatkan ketidakpastian berhubung isu itu.

Kerajaan di wilayah Punjab dan Khyber Pakhtunkhwa telah dibubarkan pada Januari sebelum penggal lima tahun tamat di saat bekas perdana menteri Imran Khan dari parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) cuba mendapatkan mandat baharu dan meningkatkan tekanan bagi pilihan raya umum di seluruh negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan (ECP) telah dikritik oleh PTI kerana tidak mengumumkan tarikh pilihan raya selepas kerajaan di wilayah berkenaan dibubarkan.

Perkara itu membawa kepada perbalahan, dengan Presiden Arif Alvi pada 20 Feb mengarahkan pilihan raya wilayah diadakan pada 9 April.

Panel lima anggota Mahkamah Agung Pakistan, diketuai Ketua Hakim Negara Umar Ata Bandial, dalam keputusan 3-2 memutuskan bahawa pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 90 hari seperti tertakluk dalam undang-undang Pakistan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here