KUALA LUMPUR, 1 Mac – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah membuka dua Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC) di ibu negara pada 7 Mac.

Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan, Ummi Kalthum Shuib, berkata dua DTRC itu ialah di Jalan Tiong Nam, yang dibuka setiap Selasa, Khamis dan Sabtu mulai jam 9 pagi hingga 4 petang dan di Jalan Bunus 6, yang dibuka pada Isnin, Rabu dan Sabtu mulai jam 11 pagi hingga 4 petang. 

“Usaha ini bagi memudahkan rakyat untuk mengitar semula sampah menerusi pandu lalu sekali gus dibayar terus secara tunai selain mendidik orang ramai untuk mengurangkan sampah yang dihantar ke tapak pelupusan,” katanya ketika menjadi tetamu di Radio KPKT (Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan) dengan topik DTRC dan Program Mega Kutipan Kitar Semula, hari ini. 

Beliau berkata, orang ramai boleh memulakan langkah mengitar semula dengan mengasingkan plastik, kertas, tin aluminium dan sisa makanan bagi memudahkan proses kitar semula dijalankan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here