PARIS, 3 Mac – Dewan Rakyat Perancis pada Khamis meluluskan bacaan pertama rang undang-undang mengenai pengguna rangkaian sosial dalam kalangan remaja berumur bawah 15 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa.

Rang undang-undang itu diluluskan menerusi 82 undi menyokong manakala dua lagi membantah. Buat masa ini pengguna media sosial seperti TikTok dan Snapchat mesti berumur berumur 13 tahun ke atas.

Kebanyakan kanak-kanak mendakwa mereka lebih tua daripada usia sebenar semasa mendaftar untuk aplikasi rangkaian sosial.

Sebanyak 82 peratus kanak-kanak berumur 10 hingga 14 tahun kerap menghabiskan masa dalam talian tanpa pengawasan ibu bapa mereka.

Rang undang-undang itu mesti diluluskan oleh Senat Perancis sebelum ia boleh dikuatkuasakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here