WASHINGTON, 4 Mac – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Jumaat menerima kunjungan Canselor Jerman Olaf Scholz di Rumah Putih untuk mengadakan rundingan tertutup, ketika sekutu NATO berusaha mengekalkan perpaduan, lapor Agensi Anadolu.

Biden mengucapkan terima kasih kepada Scholz atas perubahan bersejarah yang dilakukan oleh Jerman, sambil menyatakan bahawa terdapat peningkatan perbelanjaan pertahanan berikutan perang Rusia ke atas Ukraine.

Biden berkata: “pemimpin Jerman itu mempertingkat sokongan ketenteraan kritikal dan sokongan moral untuk Ukraine.”

“Sebagai sekutu NATO, kami menjadikan pakatan itu lebih kuat dan lebih berkemampuan,” kata Biden.

Lawatan itu adalah kunjungan kedua Scholz sejak Biden memegang jawatan.

Scholz berkata adalah sangat penting untuk bertindak bersama-sama berhubung perang Rusia yang kini memasuki tahun kedua dan Jerman boleh memberikan sokongan yang diperlukan kepada Ukraine.

“Pada masa ini, saya fikir adalah sangat penting untuk kita terus berbuat demikian selagi ia perlu…,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here