Seorang wanita berusia 24 tahun menjadi mangsa korban kelima banjir di Johor selepas ditemukan lemas dalam keretanya di Jalan Nitar Utama, Mersing malam tadi.

Komander Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Penolong Penguasa Bomba Abdul Muiz Mukhtar berkata mangsa, Tansharon yang dipercayai terperangkap dalam kenderaan itu berjaya dikeluarkan kira-kira jam 10.30 malam tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here