KOTA KINABALU, 8 Mac – Ahli UMNO, termasuk calon yang bertanding dalam pemilihan parti, terutama bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO diingatkan agar tidak terpengaruh dengan kumpulan yang mahu menggugat kerajaan semasa.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak mahu ada dalam kalangan calon pada pemilihan parti itu yang bertindak mendukung parti lain dan mengenepikan perjuangan UMNO.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau berharap mereka yang telah mencalonkan diri adalah terdiri daripada yang benar-benar komited untuk memperkasakan UMNO di semua peringkat terutamanya di peringkat nasional.

Calon juga diingatkan supaya patuh kepada peraturan pemilihan, kerana setakat ini didapati ada calon yang telah hilang kelayakan sebelum tiba hari pemilihan.

Difahamkan, Jawatankuasa Pemilihan mempunyai hak untuk membatalkan kemenangan, dan ahli UMNO diharap memahami peraturan yang telah ditetapkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here