KUALA LUMPUR, 9 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak campur tangan dalam urusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melibatkan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata tindakan SPRM memanggil Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu hari ini untuk siasatan adalah di bawah bidang kuasa agensi berkenaan walaupun semua agensi termasuk Pejabat Peguam Negara telah diarahkan untuk melihat kepada semua kes yang berkaitaan rasuah.

“Tengok kes, apa pendakwaannya, apa pertuduhannya belum tahu apa keputusan. Setakat ini hanya dia (Muhyiddin) dipanggil tetapi untuk mengatakan semua kes yang kita ambil (tindakan) itu ada motif politik itu maknanya tak bolehlah tangkap, maknanya kes rasuah lain yang besar-besar semua lepas.

“Sebab itu saya kata kena lihat dulu ada kes ke tidak. Ini urusan SPRM sampai sekarang saya tidak tahu apa akhirnya,” katanya.

Anwar juga menegaskan semua kes harus dilihat satu persatu untuk melihat sama ada wujud pendakwaan politik seperti yang didakwa segelintir pihak atau berdasarkan fakta dalam memastikan negara ini bersih daripada amalan rasuah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here