ALOR SETAR, 12 Mac – Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah kerajaan Persekutuan diseru agar menyokong dan memberi pertimbangan bagi pelaksanaan pembangunan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) demi manfaat menyeluruh kepada negara dan negeri Kedah khususnya.

Sultan Sallehuddin bertitah projek KXP itu wajar diberikan pertimbangan dalam usaha merancakkan pembangunan ekonomi Kedah dan Wilayah Utara.

“Perancangan untuk membangunkan projek KXP telah bermula sejak 2013. Dalam tempoh tersebut, sebanyak lima kajian kebolehlaksanaan telah dijalankan.

“Berdasarkan kepada kajian-kajian tersebut, pembangunan KXP bakal menjadi ‘Economic Game Changer’ kepada negeri Kedah dan berfungsi sebagai pelengkap kepada lapangan terbang sedia ada di utara tanah air melalui penyediaan perkhidmatan kargo yang lebih komprehensif dan disokong dengan pembangunan hab ‘Maintenance, Repair and Operation’ (MRO),” titah baginda.

Sultan Kedah bertitah projek KXP yang akan dilaksanakan secara kaedah pembiayaan swasta (PFI) berperanan sebagai enabler atau pemboleh kepada keseluruhan pembangunan Kedah Aerotropolis yang merangkumi komponen lain seperti Sidam Logistics, Aerospace and Manufacturing Hub, Business Park dan pembangunan Airport City.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here