SHAH ALAM, 13 Mac – Agrobank telah meluluskan sebanyak 77 permohonan moratorium bernilai RM22 juta setakat hari ini kepada petani dan pesawah di Terengganu dan Pahang yang terjejas banjir pada tahun lepas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata buat masa ini, pihaknya sedang memproses sejumlah 90 permohonan baharu bernilai RM10 juta untuk inisiatif sama.

Bagaimanapun beliau berkata pihaknya masih belum menerima sebarang permohonan moratorium daripada petani dari Johor yang turut terjejas akibat banjir yang melanda negeri itu ketika ini, namun beberapa individu telah menghubungi pihaknya untuk mengetahui mengenai moratorium itu.

“Ada beberapa individu yang menghubungi kami berkenaan moratorium itu melalui panggilan telefon, namun mereka masih belum sempat lagi untuk ke bank bagi membuat permohonan. Mungkin selepas sebulan banjir baru reda, mereka akan datang, samalah seperti di Terengganu dan Pahang,” katanya.

Mohamad mengumumkan Agrobank menawarkan moratorium selama enam bulan kepada petani yang terjejas dalam bencana banjir baru-baru ini dan mereka boleh membuat permohonan di mana-mana cawangan bank berkenaan mulai minggu lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here