BEIJING, 14 Mac – Pembangunan berkualiti tinggi dan prinsip rakyat didahulukan perlu dikekalkan dalam perjalanan baharu ke arah membangunkan negara sosialis moden yang kuat serta kebangkitan semula bangsa.

Presiden China, Xi Jinping turut menegaskan perlunya menyelaraskan pembangunan dengan keselamatan, memantapkan pelaksanaan ‘satu negara, dua sistem’ dan usaha penyatuan semula tanah air, di samping mempergiat pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Beliau juga memberi penekanan supaya kualiti pertumbuhan ekonomi bertambah baik dengan kuantiti meningkat secara munasabah, di samping memperkukuh kekuatan ekonomi, sains dan teknologi serta kekuatan bersepadu negara.

Selain itu katanya, usaha perlu dilakukan untuk memastikan lebih banyak hasil pembangunan modenisasi dinikmati semua rakyat secara saksama, dan kemajuan substantif dicapai dalam memacu kemakmuran bersama seluruh masyarakat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here