PETALING JAYA, 17 Mac – Pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tahun ini dijangka menjadi antara agenda utama mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur Ahad ini.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir mempengerusikan mesyuarat itu.

“… akan ada laporan tentang tiga perkara iaitu Jawatankuasa Pemantauan dan Polisi, Jawatankuasa Perundingan Kerusi serta Jawatankuasa Mobilisasi dan Komunikasi,” katanya.

Menyentuh rundingan kerusi dengan Barisan Nasional (BN), beliau berkata pakatan pilihan raya antara PH dan gabungan politik itu mencukupi untuk meningkatkan potensi kebolehmenangan dalam PRN.

“Sekarang kita sedang bincang dengan BN… kalau dia masuk, kita tak masuk… kita masuk, dia tak masuk… ,” katanya.

Negeri yang terlibat dalam PRN ialah Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here