KUALA LUMPUR, 17 Mac – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) akan mewujudkan perkhidmatan ambulans udara dengan menggunakan helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata inisiatif tersebut sekiranya dapat direalisasikan menjelang akhir tahun ini akan menjimatkan perbelajaan kerajaan sekurang-kurangnya RM15 juta setahun.

Perkhidmatan ambulans udara, antara lain, adalah bagi usaha menyelamat mangsa di kawasan pendalaman dan kes kemalangan jalan raya di lebuh raya.

“Satu penggal, lima tahun kita boleh jimat RM75 juta kerana amalan kerajaan dahulu, dia outsource (sumber luar) kepada sektor swasta, kosnya RM20 juta setahun.

“Apabila JBPM ambil alih, setahun boleh jimat RM15 juta dan ini adalah satu lagi inisiatif menuju ke arah Malaysia MADANI,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here