BANGKOK, 17 Mac – Pihak berkuasa Thailand hari ini berusaha keras mengelakkan kebocoran tangki simpanan minyak yang mengangkut 400,000 tong minyak mentah.

Seorang kru terbunuh selepas air laut memasuki kapal The Benchamas 2 apabila penapis tidak berfungsi ketika kerja penyelenggaraan awal minggu ini.

Jurucakap tentera laut, Prokgrong Monthatphalin, berkata pelbagai agensi sedang berusaha mendapatkan mayat mangsa, memperbaiki penapis dan mengelakkan kebocoran minyak.

“Bagaimanapun, keadaan kapal berkenaan selamat dan cuaca tidak menjejaskan operasi menyelamat.

“Namun, tiada bekalan elektrik di bilik enjin kapal dan ini menjejaskan penilaian keadaan semasa,” katanya.

Dikendalikan oleh salah satu unit Chevron, kapal berusia 25 tahun itu mempunyai keupayaan menyimpan 650,000 tong dan beroperasi di pelantar minyak the Benchamas di Blok B8/32 di Teluk Thailand.

Ia terletak kira-kira 207 kilometer dari Sattahip di Chon Buri, di mana terletaknya pangkalan tentera laut terbesar Thailand.

“Keselamatan semua dan perlindungan alam sekitar kekal menjadi keutamaan tertinggi dan kami sudah menghubungi serta memaklumkan pihak berkuasa berkenaan termasuk bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here