Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk pelepasan sementara pasportnya bagi membolehkan dia berlepas ke Singapura melawat anak perempuannya dan seorang daripada cucunya yang tidak sihat.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas timbalan pendakwa raya, Poh Yih Tinn tidak membantah permohonannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here