KUALA TERENGGANU, 21 Mac – Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) menerusi program penghijauan Malaysia berjaya menanam satu juta pokok sejak Januari 2021.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata ia melibatkan penanaman pelbagai pokok bagi bagi memastikan khazanah hutan negeri terus kekal sebagai sumber udara, makanan, kayu kayan dan ekopelancongan yang memberi banyak manfaat kepada rakyat.

“Saya difahamkan JPNT telah melebihi sasaran tanaman yang ditetapkan bagi tempoh dua tahun berturut-turut iaitu pada 2021 dan 2022.

“Malah untuk 2023, JPNT telah menanam sebanyak 251,270 berbanding sasaran asal iaitu 106,000 pokok,” katanya.

Sambutan Hari Hutan Antarabangsapada 21 Mac setiap tahun bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan memelihara dan pemuliharaan hutan demi kestabilan dan kesejahteraan alam sejagat.

Dalam perkembangan lain, Roslan berkata JPNT telah melantik seramai 120 Malim Gunung Perhutanan (MGP) di seluruh negeri sebagai jurupandu dan memastikan keselamatan para penggemar aktiviti pendakian.

“Mereka telah menghadiri kursus bagi pelantikan MGP seluruh Terengganu. Mereka berperanan membantu JPNT mengurus pelawat dan menjadi first responder sekiranya berlaku kemalangan di hutan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here