MOSCOW, 23 Mac (Bernama) — Kumpulan Media China (CMG) dan Kumpulan Media Rusia Today (RT) menganjurkan sesi meja bulat media China dan Rusia yang bertemakan “Modenisasi Ala China dan Peluang Baharu untuk Dunia” di Institut Hubungan Antarabangsa Moscow, pada Rabu.

Turut hadir Presiden CMG, Shen Haixiong dan ketua-ketua media perdana dan institusi pengajian tinggi (IPT) dari Rusia serta pegawai kerajaan, pakar dan sarjana dari kedua-dua negara.

Sesi itu antara lain bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat dan berbincang mengenai topik “jalan ke arah modenisasi yang sesuai dengan keadaan negara sendiri”, selain turut menyatakan pandangan masing-masing.

Para peserta berpendapat bahawa modenisasi ala China sesuai dengan keadaan di China dan ia turut menjadi contoh bagi negara-negara lain selain membantu meneroka laluan baharu dalam peradaban manusia.

“Sepuluh tahun dahulu, di institut ini, Presiden China Xi Jinping pertama kali memberi huraian sistematik tentang konsep ‘komuniti berkongsi nasib sesama insan’.

“Konsep itu lantas menjadi tumpuan dunia dan mendapat sambutan baik daripada masyarakat antarabangsa.

“Dalam tempoh 10 tahun lalu, beliau (Xi) telah mengemukakan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI).

“Inisiatif-inisiatif tersebut memperkayakan konotasi dan laluan praktis komuniti berkongsi nasib sesama insan, serta mengemukakan cadangan China bagi menghadapi perubahan dunia, sezaman dan sejarah,” ,” kata Presiden CMG Shen Haixiong.

Beliau berkata inisiatif-inisiatif itu turut mendapat respon baik masyarakat antarabangsa.

“Menghadapi perubahan besar yang tidak pernah berlaku dalam tempoh seabad lalu, Presiden Xi mengemukakan ‘modenisasi ala China’.

“Ini secara tidak langsung menunjukkan kebijaksanaan, keberanian dan tanggungjawab seorang negarawan yang menjunjung misi luhur,” kata Shen.

Shen berkata CMG akan berusaha mendorong kepelbagaian dan keadilan pola komunikasi antarabangsa, sekali gus membolehkan dunia mendengar lebih banyak suara dari rakyat seluruh dunia untuk menyumbang tenaga bagi melukis gambaran modenisasi masyarakat insan yang pelbagai.

“CMG akan bekerjasama dengan pelbagai media global untuk meningkatkan pertukaran, memperluas saluran kerjasama, mendorong kesalingfahaman antara rakyat pelbagai negara dan bersama-sama mendorong pembangunan dan kemajuan perabadan manusia,” katannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here