ROME, 24 Mac – Domino’s Pizza antara rangkaian piza terbesar di dunia yang berpangkalan di Amerika Syarikat, secara rasmi telah melepaskan aspirasinya untuk bertapak di Itali.

Syarikat itu menutup cawangan terakhirnya di Rom dan Milan tahun lepas, manakala rakan kongsi francais itu, ePizza, telah memulakan proses pembubaran aset dengan harapan dapat memulihkan sekurang-kurangnya sebahagian daripada pelaburan awal, lapor Xinhua.

Laman sesawang syarikat itu tidak lagi beroperasi pada Khamis dan siaran terakhirnya di akaun media sosial adalah pada tahun lepas.

Pejabat media Domino’s Pizza Amerika Syarikat mengesahkan laporan media mengenai penamatan operasi di Itali.

Difahamkan, Domino’s ialah rangkaian piza terbesar di dunia dengan hasil tahunan global mencecah US$12.3 bilion, tetapi syarikat berusia 63 tahun itu gagal bertapak di Itali.

Syarikat itu mula beroperasi di negara itu pada 2015 dengan rancangan untuk membuka sehingga 880 cawangan, tetapi hanya berjaya mengendalikan 29.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here