ISLAMABAD, 24 Mac – Angka kematian akibat gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter yang melanda sebahagian besar Pakistan dan negara jiran Afghanistan awal minggu ini meningkat kepada 21 setakat hari ini, selepas lapan lagi kematian dilaporkan di kawasan terpencil.

Kejadian itu mengorbankan 10 orang di Afghanistan, manakala 11 lagi di Pakistan selepas gempa bumi melanda rantau Asia Selatan itu lewat Selasa lalu.

Mangsa yang cedera direkodkan seramai 130 orang susulan ratusan bumbung rumah runtuh.

Banyak kerosakan dilaporkan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan yang bersempadan dengan Afghanistan.

Jurucakap Taliban untuk Kementerian Pengurusan Bencana Alam, Shafiullah Rahimi, berkata gempa itu mengorbankan 10 orang dan mencederakan 60 yang lain.

Katanya, dianggarkan 800 rumah rosak di seluruh Afghanistan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here