KUALA LUMPUR, 26 Mac – Beregu profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie menjadi beregu tunggal negara untuk meneruskan perjuangan Malaysia pada Kejohanan Terbuka Switzerland 2023 berlangsung di Basel.

Beregu campuran itu melangkah ke pentas akhir selepas mengatasi Robin Tabeling-Selena Piek dari Belanda 21-14, 23-21 dalam tempoh 38 minit, di St. Jakobshalle, awal pagi tadi (4.30 pagi waktu Malaysia).

Selepas menang set pertama 21-14, Soon Huat-Shevon yang juga pilihan keenam kejohanan, ditentang hebat pasangan Belanda itu sebelum berjaya mengawal permainan dan memenangi pertarungan sengit berakhir dengan 23-21.

Keputusan itu menyaksikan beregu ranking ke-11 dunia itu akan bertemu wakil China Jiang Zheng Bang-Wei Ya Xin yang mara selepas menundukkan wakil Taiwan Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin 21-13, 23-21 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here