KUALA LUMPUR,  29 Mac – Berikut adalah inti pati daripada Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2022, Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Tahun Dua 2022 (ST2 2022) dan Tinjauan Ekonomi and Monetari 2022 yang dikeluarkan hari ini:

  • Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 4-5 peratus pada 2023 (2022: 8.7 peratus)
  • Sektor perkhidmatan dijangka meningkat lima peratus pada 2023, diikuti perkilangan (4.0 peratus), pertanian (0.7 peratus), pembinaan (6.3 peratus), perlombongan dan pengkuarian (2.0 peratus)
  • Inflasi keseluruhan dan inflasi teras diunjur berpurata antara 2.8-3.8 peratus pada 2023
  • Penggunaan swasta dijangka mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.1 peratus pada 2023 (2022: 11.3 peratus); pelaburan swasta diunjur berkembang 5.8 peratus berbanding 7.2 peratus sebelumnya
  • Penggunaan awam dijangka berkembang pada kadar yang lebih perlahan iaitu 1.3 peratus pada 2023 (2022: 3.9 peratus);  pelaburan dijangka meningkat tujuh peratus 2023 (2022: 5.3 peratus).
  • Kadar pengangguran dijangka bertambah baik kepada 3.5 peratus pada 2023 dengan pengembangan pendapatan yang lebih meluas
  • Akaun semasa imbangan pembayaran dijangka terus mencatatkan lebihan pada tahun 2023 iaitu 2.5 hingga 3.5 peratus daripada KDNK (2022: 2.6 peratus daripada KDNK)
  • Jawatankuasa Dasar Monetari akan memberikan tumpuan terhadap pengurusan risiko inflasi serta menyokong pertumbuhan yang mampan pada tahun 2023
  • Sistem perbankan kekal dengan permodalan yang kukuh sepanjang separuh kedua 2022
  • Sektor insurans dan takaful pada masa hadapan dijangka kekal berdaya tahan, disokong oleh kedudukan modal dan mudah tunai yang kukuh
  • Bank pusat  akan terus memastikan keadaan monetari dan kewangan kekal menyokong pemulihan ekonomi Malaysia – Gabenor BNM Tan Sri Nor Shamsiah Yunus
  • Penampan modal dan mudah tunai yang teguh membolehkan bank-bank meneruskan pemberian pinjaman kepada ekonomi, menawarkan bantuan kepada peminjam yang masih menghadapi kesukaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here