KUALA LUMPUR, 3 April – Dua pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman akan ditempatkan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai usaha memperkasakan tindakan siasatan dan penguatkuasaan berkaitan kandungan di media sosial.

MCMC memaklumkan penempatan pegawai polis berkenaan di agensi itu bakal memantapkan keupayaan dan kepakaran kedua-dua agensi penguatkuasaan bagi tujuan risikan, siasatan dan pendakwaan. 

Difahamkan, keputusan berkenaan dipersetuju menerusi pertemuan antara Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan, hari ini.

“Pertemuan itu membincangkan berkenaan keperluan memperkasakan tindakan siasatan dan penguatkuasaan berhubung kandungan media sosial berkaitan bangsa, agama dan institusi diraja (3R).

“Pemerkasaan kerjasama sebegini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa serta mengambil kira keperluan terkini dalam menguatkuasakan peruntukan undang-undang negara.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here