KUALA LUMPUR, 6 April – Kementerian Sumber Manusia (KSM) dengan kerjasama Jabatan Penjara (JPM) menyasarkan seramai 15,000 banduan, bekas banduan dan penghuni Sekolah Henry Gurney akan mendapat pekerjaan tahun ini.

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata ketika ini terdapat seramai 77,000 banduan yang sedang dipenjarakan, mampu menjadi tenaga kerja produktif dan bersedia untuk ditempatkan dalam sektor pekerjaan, sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap pekerja asing. 

“Kita terlalu bergantung kepada pekerja asing. Adalah kerugian jika kita tidak memanfaat tenaga kerja negara.

“Sehubungan itu saya menyeru supaya lebih banyak majikan tampil bagi memberi peluang kedua kepada golongan ini untuk meneruskan kehidupan baharu selepas menjalani hukuman,” katanya.

Beliau berkata sejak 2021 hingga Mac lepas, seramai 588 banduan, bekas banduan dan penghuni Sekolah Henry Gurney telah mendapat tawaran pekerjaan menerusi inisiatif seperti Program Penempatan Penghuni Bebas Lesen dan Program Re-Entry@MyFutureJobs.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here